Walau PKPP, semangat patriotik tetap membara

Walau PKPP, semangat patriotik tetap membara

Sharifudin Abdul Rahim

TAHUN ini, genap 63 tahun negara menyambut hari merdeka, namun 2020 sebenarnya mungkin tidak begitu dirasakan kemeriahannya kerana kita dikekang dengan pandemik Covid-19.

Sejak Mac lalu, rakyat seolah ‘tidak merdeka’ dan hinggalah penghujung tahun ini, Malaysia masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Angkara virus itu juga, kemeriahan bulan kebangsaan tidak begitu terasa, tidak ramai memasang bendera seperti tahun sebelum ini.

Begitupun, masih ada yang tetap bersemangat mengibarkan Jalur Gemilang di hadapan rumah, pejabat atau di kenderaan masing-masing, sekurang-kurangnya meraikan, walau tidak sehebat tahun sebelumnya.

Pastinya, tidak ada apa diharapkan rakyat Malaysia, selain kita merdeka daripada Covid-19. – Malaysiapost

Jalur Gemilang dipasang di sekitar jalan menuju ke Pejabat Perdana Menteri (PMO) di Putrajaya.
Seorang lelaki menunggang motosikal berlatar belakang Jalur Gemilang di Putrajaya.
Jalur Gemilang dipasang di hadapan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
Kumpulan penari dari Istana Budaya bergambar di Dataran Merdeka selepas latihan sempena Hari Kemerdekaan ke-63.
Seorang lelaki melalui Jalur Gemilang besar di Persiaran KLCC.
Juairna Samat, 37, bersemangat membeli tudung dengan corak Jalur Gemilang secara dalam talian.
Wan Nur Amirah Wan Mohamed Redza memasang Jalur Gemilang di dalam Muzium Negara.
Petugas Muzium Negara melalui patung-patung pelbagai bangsa di Malaysia.
Jamaluddin Abdul Rahman, 63, tidak melepaskan peluang memasang Jalur Gemilang dan bendera 14 negeri sempena Hari Kemerdekaan ke – 63 di Flat PKNS Jalan Tun Razak, Kampung Baru.
Jamaluddin Abdul Rahman, 63, tidak melepaskan peluang memasang Jalur Gemilang dan bendera 14 negeri sempena Hari Kemerdekaan ke – 63 di Flat PKNS Jalan Tun Razak, Kampung Baru
Tugu negara dibina sebagai lambang penghormatan kepada perwira negara yang terkorban dalam menjaga keamanan Malaysia.