Kes harian meningkat, rakyat patuh SOP

Kes harian meningkat, rakyat patuh SOP

Sharifudin Abdul Rahim

PEMATUHAN rakyat terhadap prosedur operasi standard (SOP) mencegah Covid-19 kembali ke tahap tertinggi, susulan peningkatan kes wabak itu kebelakangan ini.

Tinjauan Malaysiapost di sekitar ibu negara menyaksikan rata-rata orang ramai memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal.

Meskipun cuaca panas, mereka kekal memastikan pelitup muka sentiasa dipakai dengan betul dan tidak berada begitu rapat antara satu sama lain. – Malaysiapost

Orang ramai tidak lupa mengimbas MySejahtera apabila memasuki premis perniagaan.
Orang ramai tidak lupa mengimbas MySejahtera apabila memasuki premis perniagaan.
Penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka tidak dilupakan orang ramai walaupun di hentian bas.
Penumpang patuh SOP di dalam bas awam.
Pengunjung sentiasa memakai pelitup muka di Pasar Jalan Raja Bot di Chow Kit.
Orang ramai menjaga penjarakan fizikal di tempat awam.
Pekerja juga mematuhi SOP ketika waktu bekerja di premis perniagaan ketika.
Alat pengimbas suhu digunakan untuk suhu badan orang ramai sebelum dibenarkan memasuki premis perniagaan.
Alat pengimbas suhu digunakan untuk suhu badan orang ramai sebelum dibenarkan memasuki premis perniagaan.
Orang ramai mematuhi SOP ketika berada dalam pengangkutan awam