Doa kebaikan orang lain secara senyap amalan sangat mulia

Doa kebaikan orang lain secara senyap amalan sangat mulia

MENDOAKAN kebaikan orang lain dalam keadaan dia tidak mengetahuinya, adalah amalan yang sangat mulia.

Ini kerana Islam mendidik umatnya supaya tidak mementingkan diri sendiri.

Daripada Abu Darda’, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Doa seorang Muslim kepada saudara Muslimnya secara ghaib (tanpa pengetahuan saudaranya) adalah mustajab (diterima), di sisi kepalanya malaikat yang diutus Allah setiap kali dia mendoakan saudara Muslimnya dengan doa yang baik dan berkatalah malaikat itu, amin! engkau juga beroleh manfaat yang sama.” (Riwayat Muslim)

Dalam riwayat lain turut menyatakan, doa yang paling cepat dimakbulkan Allah ialah doa secara ghaib iaitu dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Maka berdoalah kerana sebenarnya, amalan itu menyebabkan diri kita turut menerima doa daripada malaikat.

Jadi, abang kakak doakan siapa hari ini?

Kalau belum, jom doakan mereka.

Kredit: Ustaz Don Daniyal

Nota: Gambar sekadar hiasan