Tahnik: Kufur jika menghina sunnah Rasul, pendakwah bidas Siti Kassim

Tahnik: Kufur jika menghina sunnah Rasul, pendakwah bidas Siti Kassim

Aiman Hanif

PENDAKWAH bebas Engku Ahmad Fadzil membidas kenyataan peguam kontrovertsi Siti Kasim berhubung amalan tahnik yang merupakan sunnah Rasulullah SAW.

Engku Ahmad menjelaskan, amalan tahnik adalah sunnah yang boleh mendatangkan pahala jika dilakukan

“Amalan tahnik adalah sunnah Rasulullah SAW yang thaabit dan sunat hukumnya (dapat pahala bila diamalkan). 

“Tak buat tahnik tidak berdosa kerana hukumnya sunat, bukan wajib, bahkan dapat pahala sekiranya ditinggalkan demi menjaga maslahah (kebaikan) atau menolak mafsadah (keburukan) seperti meninggalkan tahnik untuk mengelakkan risiko jangkitan virus Covid-19 kepada bayi yang ditahnik.

“Menghina sunnah Rasulullah SAW seperti amalan tahnik atau menjilat jari selepas makan sebagai ‘unhygienic’ adalah haram bahkan membawa kepada kekufuran,” katanya dalam satu tulisan di Facebooknya.

Terdahulu Siti Kasim dalam satu hantaran di Facebooknya mempersoalkan tindakan orang Melayu yang masih melakukan tahnik bagi bayi yang baru lahir.

“Masih ada lagi orang Melayu buat tahnik?? Apekejadah! Stop this unhygienic ritual. Tak pasal2 ko bagi penyakit kat anak. Bongok!!,” tulisnya di Facebook.

Mengulas lanjut, Engku Ahmad berkata, secara sinis berkata kumpulan Islam liberal yang berpelukan di kelab malam juga adalah golongan penyebar penyakit.

“Bila geng-geng liberal berpelukan dan bercium mulut di kelab malam, ia juga boleh dilabelkan (berisiko) “bagi penyakit” kepada orang lain, selain dah jelas-jelas haram dan tidak bermoral. 

“Menghina sunnah Rasulullah SAW haram, berdosa besar dan membawa kepada kekufuran. Ia berbeza kalau mengkritik dan menegur, misalnya, sikap sebahagian orang Islam lebih mengutamakan benda sunat (amalan tahnik) dengan mengabaikan benda wajib (jaga nyawa dan ikut perintah waliyyul amri),” katanya lagi.-Malaysiapost