Aksi pertama Safawi di Portugal Sabtu ini

Aksi pertama Safawi di Portugal Sabtu ini

PEMAIN sayap Harimau Malaya, Safawi Rasid dijangka membuat penampilan pertamanya bersama Portimonense SC dalam saingan Liga Premier Portugal, Sabtu ini.

Namun tidak pasti sama ada Safawi yang menyarung jersi nombor 29 itu akan diturunkan sebagai pemain utama atau bermula di bangku simpanan.

Aksi tersebut berlangsung di gelanggang lawan dan ia perlawanan penting buat Portimonense SC yang kini berada di kedudukan ke-16 daripada 18 pasukan hasil satu seri dan dua kekalahan.

Maritimo pula menghuni tangga kelima liga hasil dua kemenangan dan satu kalah selepas mengharungi tiga perlawanan.

Peminat bola sepak di Malaysia berpeluang menyaksikan perlawanan itu secara langsung yang bakal disiarkan di Astro Arena pada jam 10.30 malam, Sabtu ini. – Malaysiapost