Hari kedua PKPB, Kuala Lumpur semakin lengang

Hari kedua PKPB, Kuala Lumpur semakin lengang

Sharifudin Abdul Rahim

LENGANG. Itulah keadaan di beberapa lokasi di ibu kota pada hari kedua pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula sejak semalam.

Tinjauan Malaysiapost di sekitar jalan utama di Kuala Lumpur mendapati tempat tumpuan orang ramai kelihatan agak sunyi dengan hanya ada beberapa kedai dibuka.

Malah, keadaan jalan raya juga lengang dengan kenderaan sekali gus menjadikan aliran trafik di sekitar ibu kota lancar.

Meskipun begitu, rakyat terutama mereka yang masih bekerja di pejabat meneruskan kehidupan seperti biasa dan mengunjungi premis makanan ketika waktu rehat untuk makan tengah hari. -Malaysiapost