Anwar dakwa disoal isu liwat untuk beri tekanan

Anwar dakwa disoal isu liwat untuk beri tekanan

KETUA Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa terdapat rencana politik yang menekannya dengan siasatan turut membabitkan isu liwat.

Presiden PKR itu mendakwa dia disoal berkaitan kes liwat dalam siasatan polis di Bukit Aman, hari ini.

“Ada tetapi ini biasa dan soalan pun longgar.

“Dan ini satu rencana politik untuk menekan saya saat saat seperti ini,”katanya ketika ditanya pemberita sama ada terdapat laporan polis berkaitan kes liwat dibuat terhadapnya.

Terdahulu, Anwar hadir ke Bukit Aman bagi diambil keterangan berhubung siasatan kes penularan dokumen sokongan 121 ahli Parlimen yang didakwa menyokongnya menubuhkan kerajaan baharu. -Malaysiapost