Anwar pilih pintu belakang Bukit Aman

Anwar pilih pintu belakang Bukit Aman

PRESIDEN PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengelak daripada bertemu media apabila memilih pintu belakang Bukit Aman, hari ini.

Kehadiran Ketua Pembangkang sekitar jam 3 petang itu bagi diambil keterangan berhubung siasatan kes penularan dokumen sokongan 121 ahli Parlimen yang didakwa menyokongnya menubuhkan kerajaan baharu.

Tindakan Anwar mengecewakan lebih 30 pengamal media yang berkumpul untuk merakam kehadirannya sejak jam 1 tengahari tadi di perkarangan pintu masuk utama Bukit Aman.

Difahamkan kes Anwar itu disiasat mengikut Seksyen 111 Kanun Prosedur Jenayah, Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Port Dickson itu sepatutnya hadir ke Bukit Aman pada 12 Oktober lalu namun pertemuan dengan dengan Unit Siasatan Jenayah Terkelas D5 Bukit Aman itu ditangguhkan.

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Komisioner Datuk Huzir Mohamed dalam kenyataan mengesahkan Anwar telah dipanggil untuk diambil keterangan pada hari ini selepas solat Jumaat. -Malaysiapost