Brek motor BMW Alif Satar lesap

Brek motor BMW Alif Satar lesap

Nilam Oshman

BREK motosikal berkuasa tinggi jenama BMW 1000RR milik penyanyi dan pengacara popular, Alif Satar dicuri.

Menurut Alif, motosikal ini diparkir di kawasan kondominiumnya namun masih ada pihak tidak bertanggungjawab sanggup mencuri.

“Parking motor dekat kondominium sendiri.. motor ada tapi brek tak ada. (Pencuri) cut (potong) ‘harness’ brek dan ‘calipers’ brek,” katanya menerusi Instagram.

Pengacara ‘Big Stage’ itu turut berpesan bahawa perbuatan mencuri ini berdosa dan tidak baik menganiaya orang.

“Salam Jumaat! Nak pesan.. curi barang berdosa‚Ķ jangan main-main dengan doa orang teraniaya..

“Kalau sesiapa kenal ada orang buat kerja macam ini , nasihatkan dia dan suruh dia bertaubat minta maaf dengan orang teraniaya,” ujarnya. -Malaysiapost