Menjilat jari sesudah makan merupakan sunnah Rasulullah SAW

Menjilat jari sesudah makan merupakan sunnah Rasulullah SAW

MENGGUNAKAN tangan serta menjilat jari sesudah makan merupakan sunnah Rasulullah SAW.

Cara Baginda itu dapat memberi kebaikan kepada kesihatan dan ia diakui oleh saintis.

Kaab Malik RA menyatakan: Apabila selesai makan, Nabi SAW akan menjilat jari-jari baginda sebanyak tiga kali.

Kenyataan itu turut diperakui oleh pengkaji saintifik yang mengesahkan jari-jari manusia mempunyai asid dan enzim juga sejenis cecair yang memudahkan proses pembuangan dan dapat menyembuhkan penyakit sembelit.

Amalan itu sudah lama diamalkan oleh Rasulullah SAW dan masih lagi digalakkan kepada umatnya walaupun sudah hampir lebih dari 1,400 tahun.

Justeru, amalan sunnah itu perlu dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita meskipun ramai di antara kita memandang enteng perkara seperti ini.

Untuk pengetahuan umum, asid dan bahan kimia yang terdapat di jari kita sememangnya mempunyai fungsinya sendiri.

Sebagai contoh, ibu bapa kita tidak menggalakkan kita mengambil makanan dengan menggunakan tangan atau jari.

Sebaliknya, kita harus menggunakan sudu kerana makanan akan cepat basi akibat tindak balas asid dan enzim di jari kita.

Begitu jugalah proses pencernaan akan berlaku dalam perut kita sekiranya kita mengamalkan sunah yang diamalkan oleh Rasulullah SAW.

Islam itu adalah agama yang terlalu mudah untuk diamalkan oleh umatnya dan setiap perkara yang dibawa dan diajar oleh Rasulullah SAW itu mempunyai maksud dan manfaat yang tersirat yang terkadang itu tidak terjangkau oleh pemikiran manusia lain.

Oleh itu, Allah SWT telah memilih Rasulullah SAW untuk dijadikan model dan peranan kepada seluruh umatnya bagi mengikut segala amalan dan kebaikan yang dibawa oleh Rasul terakhir itu.

Antara perbuatan Rasulullah SAW yang menjadi sunnah dan perlu diikuti tentang aspek etika diet dan tatacara pemakanan sihat Rasulullah ialah makan menggunakan jari dan menjilat jari setelah selesai makan.

Jom sama-sama kita mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan seharian kita. – Malaysiapost

Artikel ini dipetik daripada Facebook Ustaz Don Daniyal