Ezad Lazim kongsi foto sertai pertandingan Bintang Kecil ketika umur 9 tahun

Ezad Lazim kongsi foto sertai pertandingan Bintang Kecil ketika umur 9 tahun

Nurul Huda Abhar

PENYANYI, Ezad Lazim berkongsi foto dirinya ketika menjadi naib juara Pertandingan Bintang Kecil di Alor Setar, Kedah semasa berumur sembilan tahun.

Ezad yang juga bekas vokalis kumpulan Exists memuat naik hantaran tersebut di Facebook dalam halaman Malaysiaku Dulu-Dulu Official.

“Tahun 1988…baru darjah tiga …naib juara Bintang Kecil kawasan Alor Setar…time ni nyanyi lagu “Sayangi Daku” Andrian. Korang umur berapa masa ni?,” tulisnya, semalam.

Menerusi foto tersebut, pemilik nama sebenar Mohd Rohaizad Mohd Lazim lengkap memakai sut sambil menjulang trofi dan sijil penghargaan.

Hantaran foto tersebut membuat lebih 150,000 ahli kumpulan di halaman itu terkejut kerana tidak menyangka artis terkenal juga ingin berkongsi kenangan gambar mereka.

Perkongsian penyanyi berusia 40 tahun yang terkenal dengan lagu Jesnita itu meraih 3,000 tanda suka dan mendapat 900 komentar.

Selepas meninggalkan Exist pada 2007, Ezad telah menghasilkan album solo pertama berjudul Mengharap Bintang. 

Antara lagu hit dari album yang dihasilkan pada 2011 itu ialah Kerana Kamu, Mengharap Bintang dan Percintaan Ini.

Album itu melonjakkan kembali namanya dalam industri muzik tanah air setelah menyepi hampir lima tahun dalam seni suara.

Ezad juga menyertai pertandingan realiti Gegar Vaganza musim kedua (GV2) dan memenangi tempat ketiga. – Malaysiapost