Netizen minta Shaheizy Sam jaga maruah isteri

Netizen minta Shaheizy Sam jaga maruah isteri

Nurul Huda Abhar

PASANGAN pelakon, Shaheizy Sam dan isteri Syatilla Melvin kembali menghangatkan suasana media sosial apabila dilihat memuat naik gambar bersama sambil isterinya seperti memegang payudara.

Gambar yang dimuat naik di laman sosial Instagram (IG) dua hari lalu di akaun milik Shaheizy Sam menerima kecaman hebat netizen yang beranggapan tindakan Syatilla itu memalukan wanita.

Terdapat beberapa komen yang meminta pelakon yang mesra disapa Sam itu memadamkan gambar tersebut bagi menjaga sensitiviti wanita, malah gambar itu dikatakan merosakkan imej perempuan bertudung.

“Der… wa rase elok lu delete post ni der,” kata Arechun.

“Jangan buat benda yang boleh mendatangkan fitnah dan bual mulut orang. Oh, lupa netizen ni je yang salah eh..,” kata Muhdshahfkry.

“Maaf kalau saya cakap ni. Delete la post ni takut nanti macam-macam fitnah diorang buat. Untuk elakkan terjadi benda tu, baik abang delete post ni,” tulis Saliha Zaim.

“Minta dikecam netizen ke? Jaga maruah bini Sam. Tak elok post gambar macam ni,” kata Dyhaa.

Menerusi semakan Malaysiapost, gambar tersebut masih tidak dipadam di IG Sam dan ia diambil ketika mereka dalam penggambaran untuk kandungan YouTube SamTillaTV.

Sebelum ini, pasangan tersebut mendapat kritikan kerana didakwa menggunakan gambar berunsur lucah dan “double meaning” bagi mempromosi produk baharu minuman jamu Pengaseh keluaran mereka.

Menurut Syatilla, pilihan gambar “katil patah” untuk promosi produk jamu Pengaseh itu sengaja dilakukan kerana mengetahui ia akan mendapat perhatian ramai. – Malaysiapost