Rezeki Halim Yazid… peminat bawa naik helikopter

Rezeki Halim Yazid… peminat bawa naik helikopter

TUAH badan. Itulah rezeki legenda dikir barat Kelantan, Halim Yazid apabila menerima kunjungan peminat jutawan yang membawa beliau menaiki helikopter.

Bukan beliau sahaja bertuah, malah anak-anak dan jiran tertangga turut dibawa menaiki helikopter oleh jutawan hartanah, Azlan Al Amin.

Menerusi Facebook, Halim berkata beliau berterima kasih kepada Azlan kerana sudi ke rumah beliau pagi tadi.

“Selaku tuan rumah yang tinggal di sebuah rumah terpercil… yang tiada apa-apa keistimewaan dan tiada aset untuk ekonomi, kuasa, sosial dan populariti; abbey (saya) dan isteri sekali lagi mengucapkan terimakasih kepada Lan (Azlan Al Amin).

“Lebih merasa tersentuh hati dan tambah rasa kasih syukur kami lagi ialah di atas ehsan dan murah hati Lan dan Mustaqim (adik Azlan) memberi anak-anak abey dan anak-anak jiran abey ‘merasa’ menaiki helikopter,” katanya.

Menurutnya, seperti budi peminat beliau yang lain, budi Azlan tak akan dilupakan dan mereka sekeluarga hanya mampu berdoa. – Malaysiapost