Penduduk lega bantuan air tiba di saat meruncing

Penduduk lega bantuan air tiba di saat meruncing

Sharifudin Abdul Rahim

AIR antara keperluan utama manusia saban hari, andainya tiada, kehidupan menjadi sukar dan serba tidak kena.

Bukan sesuatu yang luar biasa apabila penduduk Lembah Klang sekali lagi berdepan gangguan air apabila lebih 1.1 juta akaun terjejas dalam insiden terbaharu, kelmarin.

Begitupun, tindakan Air Selangor menyediakan bekalan air di banyak kawasan sedikit sebanyak mengurangkan keresahan dan kegelisahan masyarakat.

Ucapan terima kasih pantas dizahirkan dan ada antaranya berasakan tak mengapalah jauh sedikit mengangkut air asalkan keperluan utama itu sentiasa mencukupi. – Malaysiapost