PKPD: Saringan rumah ke rumah di Plaza Hentian Kajang

PKPD: Saringan rumah ke rumah di Plaza Hentian Kajang

Sharifudin Abdul Rahim

SUSULAN Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan perumahan Plaza Hentian Kajang, petugas Kementerian Kesihatan (KKM) melakukan saringan dari rumah ke rumah.

Ia bagi memastikan kelancaran proses saringan serta lebih ramai penduduk dapat disaring secara bersasar.

Tinjauan Malaysiapost mendapati, kawat duri juga dipasang di sekitar Plaza Hentian Kajang selepas 63 kes positif Covid-19 dilaporkan di kawasan itu semalam.