Mesyuarat Majlis Presiden PH sedang berlangsung

Mesyuarat Majlis Presiden PH sedang berlangsung

MESYUARAT Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) sedang berlangsung di Ibu Pejabat PKR di Tropicana Damansara, Petaling Jaya.

Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan mesyuarat berkenaan yang dijadualkan bermula jam 4 petang tadi.

Mesyuarat tersebut dipercayai bagi membincangkan hal berkaitan persidangan Dewan Rakyat yang akan berlangsung minggu depan, usul tidak percaya kepada Perdana Menteri serta belanjawan 2021.

Antara pemimpin yang dilihat hadir ialah Presiden Amanah, Mohamad Sabu; Timbalannya, Datuk Seri Salahuddin Ayub; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Penasihatnya, Lim Kit Sing.

Turut hadir, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad; Timbalan Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo dan Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran. – Malaysiapost