Peguam Puad teliti laporan polis

Peguam Puad teliti laporan polis

AHLI Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi telah mengarahkan barisan peguamnya meneliti laporan polis terhadapnya oleh beberapa pihak.

Ia susulan kenyataan beliau pada 26 Oktober lalu yang menyarankan Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan sebagai Perdana Menteri selepas Yang di-Pertuan Agong menolak nasihat untuk mengisytihar darurat.

Tetuan Shaharudinali Azfarazmi & Co yang juga peguambela dan peguamcara bagi pihak Dr Mohd Puad berkata ada sesetengah pihak sengaja membuat beberapa laporan polis terhadap Dr Mohd Puad Zarkashi berkaitan kenyataan beliau.

Berikutan, katanya, pihaknya akan meneliti laporan laporan polis tersebut.

“Seterusnya mengkaji sama ada laporan itu melampau sehingga menimbulkan kemungkinan laporan tersebut tiada asas kukuh dalam undang-undang Malaysia untuk menjustifikasi laporan polis dibuat terhadap dirinya,” katanya menerusi kenyataan.

Dr Mohd Puad menerusi kenyataan pada 26 Oktober lalu antara lain berkata penolakan nasihat seorang Perdana Menteri oleh Yang di-Pertuan Agong adalah sesuatu yang berat dan serius jika dikaji dari sudut undang-undang perlembagaan. – Malaysiapost