Sedekah murahkan rezeki, memanjangkan usia

Sedekah murahkan rezeki, memanjangkan usia

PAGI Jumaat yang mulia ni, saya nak kongsi satu kisah yang diceritakan berlaku ketika zaman Nabi Ibrahim AS.

Suatu hari, di rumah Nabi Ibrahim ada datang seorang lelaki muda. Dia jumpa Nabi Ibrahim AS. Tak lama kemudian, dia pun balik.

Elok sahaja dia balik, Malaikat maut pula datang jumpa baginda Nabi Ibrahim AS. Dia ke rumah kemudian dia bertanya; “Siapa anak muda yang tadi datang bertamu ke rumahmu?”

Jawab Nabi Ibrahim: “Dia sahabat merangkap muridku.”

Malaikat maut pun tanya lagi: “Apa tujuan dia datang?” Lalu Nabi Ibrahim kata: “Dia menyatakan niat dan hajatnya kepadaku, akan bernikah esok pagi.”

Kemudian Malaikat maut pun balas: “Sayang sekali, usia anak muda itu tidak akan sampai esok pagi.”

Maksudnya apa? Maksudnya Malaikat Maut sudah diarahkan untuk cabut nyawa anak muda tu! Allah!

Malaikat Maut pun pergi.

Kemudian bila keesokan harinya, Nabi Ibrahim terkejut bilamana dia masih melihat dan menyaksikan pernikahan anak muda tu. Maknanya? Lelaki tu tak mati pun. Hidup elok lagi.

Itu tak apa lagi. Hari berganti minggu, berganti bulan, tahun, lelaki tu tak meninggal pun. Panjang umur lelaki itu sampai 70 tahun! Nabi Ibrahim pun pelik.

Lalu Nabi Ibrahim berjumpa Malaikat Maut nak tanya tentang lelaki itu.

Nabi Ibrahim kata “Wahai Malaikat, adakah kau berdusta denganku tentang kematian sahabatku?”

Dan ia menjawab: “Wahai Ibrahim, Allah telah menahanku.

Ini kerana pada malam menjelang pernikahannya, anak muda tersebut telah menyedekahkan separuh daripada kekayaannya.

Dan ini yang membuatkan Allah SWT memutuskan untuk memanjangkan umur anak muda tersebut hingga engkau masih melihatnya hidup.

Allahuakhbar. Masya Allah! Hebatnya kuasa sedekah.

Semoga kita mendapat pengajaran dari kisah ini.

Rasulullah SAW, “Sesungguhnya sedekah seorang muslim dapat menambah umurnya, dapat mencegah kematian su’ul khotimah, Allah akan menghilangkan sifat sombong, kefakiran dan sifat bangga diri darinya.” (HR:Thabrani).

Sumber: Facebook Ustaz Don Daniyal