Usaha melahirkan keluarga bertakwa, diredhai Allah

Usaha melahirkan keluarga bertakwa, diredhai Allah

KELUARGA merupakan sebuah institusi sosial yang kecil tetapi mempunyai peranan yang sangat besar.

Dalam khutbah Jumaat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bertajuk ‘Kita Jaga Keluarga’ hari ini, menjelaskan Islam amat menitikberatkan hubungan kekeluargaan sehingga Allah SWT berfirman dalam Surah al-Tahrim ayat 6 yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.”

Dalam usaha melahirkan keluarga yang bertakwa dan diredhai Allah, maka para ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam mencorakkan pembentukan keluarga dan menentukan hala tuju yang tepat atas landasan Islam.

Peranan ibu bapalah yang menentukan dan mencorakkan cara hidup anak-anak sebagaimana yang disebutkan oleh Rasulullah SAW dalam hadis:

وينُوَيُنَصَصَ رِاَنهِِرَانِهِ ويشُوَي ُش َرَرَ كِاَن هِهِ

Mafhumnya; “Tidaklah seorang bayi yang dilahirkan melainkan dalam keadaan fitrah, maka kedua-dua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, atau Nasrani atau
Musyrik.” (Hadis Riwayat Muslim)

Bagi anak-anak pula, mentaati dan berbuat baik serta berbakti kepada ibu bapa merupakan suatu kewajipan yang mesti ditunaikan. Allah SWT berfirman dalam Surah al-Israa’ ayat 23:

۞وَقَضَٰ رَبُّكَ أَذ لَّ تَعۡ بُدُوٓاْ إِ ذلَّ إِيذاهُ وَ بِٱلوَۡ ِلَٰي ِنۡ إِحۡسَٰنًاۚ إِ ذما يَبۡلغَُ ذن ِعندَكَ ٱل ِكۡبََ أحََدُهُمَآ أوَۡ كِِلَهُمَا فلََ تَقُل لذهُمَآ أ فّٖ وَلَّ تَنۡهَرهُۡمَا وَقلُ لذهُمَا قوَۡلّٗ كَريِمٗا ٢٣

Maksudnya: “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.

Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ah!”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).”

Seterusnya, apabila masing-masing dalam keluarga menjalankan tugas dan peranan serta menunaikan hak ahli keluarganya, maka, akan lahirlah sebuah keluarga yang bahagia dan sejahtera.

Tanggungjawab memelihara diri dan keluarga meliputi urusan duniawi dan ukhrawi.

Selain membangunkan aspek kerohanian seperti memastikan anak-anak melaksanakan perintah dan meninggalkan perkara yang dilarang dalam agama.

Ibu bapa juga perlu memastikan keperluan duniawi seperti makan, minum, kesihatan, dan tempat tinggal ahli keluarganya berada pada kondisi yang baik.

Antara kunci utama dalam melahirkan keluarga yang diberkati ialah dengan memelihara solat, membaca al-Quran di samping melaksanakan amalan-amalan lain yang diperintahkan dan menjauhi larangan Allah SWT serta perlu bertindak saling menasihati antara satu sama lain. – Malaysiapost