Jalan TAR antara tumpuan inisiatif ‘Wilayah Bebas Berniaga’

Jalan TAR antara tumpuan inisiatif ‘Wilayah Bebas Berniaga’

Sharifudin Abdul Rahim

SUSULAN inisiatif ‘Wilayah Bebas Berniaga’ oleh Kementerian Wilayah Persekutuan, peniaga kecil di sekitar ibu negara mengambil peluang menjalankan perniagaan khususnya makanan dan minuman.

Antara lokasi menjadi tumpuan ialah Jalan Tuanku Abdul Rahman apabila peniaga membuka perniagaan secara ‘food truck’ dan gerai dengan pemantauan pihak berkuasa.

Baru-baru ini, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa mengumumkan Wilayah Persekutuan sebagai ‘Wilayah Bebas Berniaga’ selama enam bulan bermula semalam, bertujuan meringankan beban penduduk Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menerusi inisiatif itu, penduduk ketiga-tiga wilayah dibenarkan berniaga apa saja jenis perniagaan termasuk makanan dan pakaian sehingga 15 April 2021, namun perlu mematuhi beberapa syarat, antaranya lokasi tidak ganggu lalu lintas, menjaga kebersihan makanan dan persekitaran tempat niaga. – Malaysiapost

Peniaga, Fatin Dayani Mohd Zailani, 19 sedang melayan pelanggannya di gerainya Danau Kota ketika tinjauan Malaysiapost hari ini.
Mumtaz Zaini Veeran Kutty, 37 sedang menyusun keropok lekor di Danau Kota ketika tinjauan Malaysiapost hari ini.

Komen