Ibu tunggal lamar Uncle Kentang

Ibu tunggal lamar Uncle Kentang

AKTIVIS masyarakat, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang memang dikenali sebagai seorang yang pemurah serta sentiasa membantu orang ramai yang memerlukan bantuan.

Kemungkinan atas sifat mulia dan prihatin itu, beliau mengakui seorang ibu tunggal meluahkan rasa cinta kepadanya.

Ini katanya, antara lain kerana dia sentiasa memberi nasihat serta sering membantu wanita tersebut ketika dalam kesusahan.

“Ibu tunggal jatuh cinta dengan saya kerana saya sentiasa beri nasihat kepada beliau dan mengesat kering air mata beliau,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya semalam.

Mengulas lanjut, Uncle Kentang mengucapkan terima kasih kepada wanita itu namun memaklumkan dia sudah tua dan akan terus membantu, selain mendoakan ibu tunggal tersebut bertemu jodoh yang baik.

“Saya ucapkan terima kasih….. kerana saya sudah apek tua. Terima kasih saya bersyukur… saya akan terus bimbing Puan…. semoga Puan dapat jodoh yang lebih mulia dan baik serta sihat,” katanya. – Malaysiapost

Komen