PKPB di Kedah, Melaka, Johor ditamatkan, Kelantan pula PKPB 2 minggu

PKPB di Kedah, Melaka, Johor ditamatkan, Kelantan pula PKPB 2 minggu

Muhammad Mustakim Ramli

PERINTAH Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kedah, Melaka, Johor dan Terengganu ditamatkan lebih awal iaitu, esok.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Majlis Keselamatan Negara (MKN) membuat keputusan itu selepas membuat penilaian risiko di negeri-negeri berkenaan.

“Bagaimanapun di Kedah hanya Kulim sahaja masih lagi PKPB, manakala di Kota Tinggi dan Mersing di Johor juga kekal PKPB,” katanya hari ini.

Beliau berkata tiga kawasan berkenaan kekal PKPB kerana masih terdapat bilangan kes aktif yang tinggi.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata Kelantan akan melaksanakan PKPB bermula 21 November sehingga 6 Disember kerana peningkatan kes Covid-19. – Malaysiapost

Komen