Zaquan Adha ucap selamat tinggal Kedah

Zaquan Adha ucap selamat tinggal Kedah

Muhammad Mustakim Ramli

BEKAS kapten skuad kebangsaan, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak sah meninggalkan Kedah apabila khidmatnya tidak disambung musim hadapan.

Menerusi Instagram, Zaquan Adha mengakui ia detik berat sebagai pemain bola sepak untuk meninggalkan sesebuah pasukan.

“Inilah bola sepak… ianya berat tetapi kehidupan mesti diteruskan.

“Alhamdulilah selama dua tahun saya bersama pasukan Kedah Allah kurniakan saya berbagai-bagai nikmat.

“Nikmat di kelilingi sahabat, jiran, penyokong dan juga kehidupan yang sangat baik. Terima kasih pasukan dan selamat maju jaya untuk tahun hadapan,” katanya.

Zaquan menyertai Kedah pada 2019 dari pasukan Kuala Lumpur dan sepanjang dua musim beliau membantu Lang Merah memenangi Piala FA pada musim lalu. – Malaysiapost

Komen