Annuar Musa ‘sudah mati’ – Nur Jazlan

Annuar Musa ‘sudah mati’ – Nur Jazlan

SETIAUSAHA Agung Barisan Nasional (BN) disifatkan sebagai tokoh politik yang sudah ‘mati’ dalam perjuangan Umno.

Timbalan Pengerusi Umno Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed, berkata Annuar sudah ‘mati’ namun masih enggan melompat ke parti lain.

“Dia ‘dah mati’ dalam Umno tetapi tak mahu lompat ke Perikatan Nasional (PN),” katanya seperti dilaporkan FMT, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Annuar yang menegaskan Umno perlu sedar diri dan tidak boleh mempersoalkan layanan diterima parti itu dalam kerajaan PN pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Annuar alam satu wawancara bersama Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan Sufian, mendakwa segelintir ahli dalam parti itu sudah lupa, Umno adalah parti yang kalah dan sudah jatuh.

Sementara itu, veteran Umno, Tan Sri Shahrir Samad pula menyifatkan kenyataan Annuar itu sebagai ‘luar biasa’ kerana dikeluarkan oleh Setiausaha Agung BN, dan bukannya pemimpin Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) atau PAS.

Ketua Umno Bahagian Johor Bahru itu berkata tajuk ‘Umno kena sedar diri, kata Annuar Musa’ sememangnya selalu lebih sensasi berbanding kandungannya bagi menarik minat pembaca.

“Ini macam cerita biasa sahaja, saya terfikir. Hanya yang luar biasa kali ini ialah ia pendapat Annuar Musa dan bukan lagi pendapat pemimpin muda Bersatu atau PAS.

“Annuar menghuraikan bahawa pada PRU15, BN hanya ada 2 pilihan, iaitu pertama, bersendirian, atau kedua, berpakat bersama PN,” katanya.

Justeru, beliau berkata, Annuar hanya mementingkan matlamat politik berbanding asas perjuangan parti.

“Sebelum dibangkitkan ‘matlamat politik’ dalam kalangan kepimpinan tertinggi parti, apa sebenarnya keputusan kepimpinan?

“Bukankah lebih waras memuktamadkan keputusan sebelum mencemuh parti sendiri seolah-olah kepimpinannya ‘tidak sedar diri’ yang kononnya PAS akan ‘pertahankan’ PN dan hanya akan ‘memperkasakan’ MN,” katanya. – Malaysiapost

Komen