Ayda Jebat hadiahkan rumah buat ibu

Ayda Jebat hadiahkan rumah buat ibu

Pelakon dan penyanyi popular, Ayda Jebat menghadiahkan ibunya sebuah rumah di Eco Grandeur di Puncak Alam.

Menerusi hantaran di Instagram, penyanyi lagu Pencuri Hati itu berkata ia adalah impiannya sebelum mendirikan rumah tangga dan bersyukur kerana Allah memakbulkan doanya.

Katanya, hasrat itu juga sering disampaikan kepada tunangnya, Nabil Mahir.

“Allah makbulkan doa saya. Rezeki dapat hadiahkan mama sebuah rumah. Saya bagitahu Nabil, ada benda saya kena capai sebelum saya kahwin.

“Inilah antaranya, buat mama saya bahagia sebelum saya bahagiakan orang lain. Lega hati ni ya Allah,” tulisnya.

Ayda turut menyertakan gambar dia memeluk ibunya dengan latar belakang rumah berwarna putih dua tingkat yang dihadiahkannya itu.

“Saya doakan semua dapat bahagiakan orang tua anda bukan saja dari harta benda, malahan banyak benda lain anda boleh berbakti untuk mereka. Semoga tercapai Insya-Allah,” katanya.

Artis berusia 28 tahun itu mengimbau ibunya, Rohana Mohamed selalu berpesan supaya jangan kerja terlalu kuat, sebaliknya perlu masa untuk berehat.

“Ma, kerja keras saya tak sekuat pengorbanan mama jaga saya dan adik-adik. love you. I will always take care of you, walaupun saya dah kahwin nanti. Always and forever,” katanya. – Malaysiapost

Komen