Dekk Mat, peniaga nasi lemak tiada kedua-dua tangan dapat bantuan gerai

Dekk Mat, peniaga nasi lemak tiada kedua-dua tangan dapat bantuan gerai

MENTERI Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa hari ini menghadiahkan sebuah ‘gerai Mary’ kepada peniaga kurang upaya (OKU), Mohamad Nor Abdullah.

Beliau meluangkan masa bersama Mohamad Nor atau lebih dikenali sebagai Dekk Mat di gerai Nasi Lemak Bujang diusahakannya di Amber Busssines Plaza Cheras.

Annuar menyifatkan Dekk Mat seorang yang cekal meskipun tiada kedua-dua tangan namun mampu mencari nafkah sendiri.

“Terbaca kisah adik Mat, tiada kedua belah tangan. Menaip Facebook dengan hidung. Menyuap nasi dengan kaki.

“Tapi hatinya cekal. Hidup sendiri, menyewa rumah dan buka gerai. Allahuakbar dia mithali sejati.

“Saya cari dia pagi ini, makan nasi lemaknya, hadiahkan “gerai Mary”untuknya. Dek Matt insan yang sungguh istimewa,” katanya.

Gerai Mary dinamakan inspirasi dari kisah Mary Mariamah, ibu tunggal yan menjaja nasi lemak dengan menolak troli selepas hilang pernigaan, sebelum dibantu Kementerian Wilayah Persekutuan.

Kisah peniaga istimewa ini tular di media sosial beberapa hari lalu selepas gambarnya berniaga nasi lemak berhampiran 7 Eleven berhampiran stesen LRT Cheras dimuat naik di Facebook. – Malaysiapost

Komen