Dr Sheikh Muszaphar dapat kembar lagi

Dr Sheikh Muszaphar dapat kembar lagi

Nilam Oshman

ANGKASAWAN Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha dan isterinya, Datin Dr Halina Mohd Yunos dikurniakan cahaya mata kembar buat kali kedua semalam.

Dr Halina, 39, selamat melahirkan sepasang kembar, bayi lelaki pada jam 9.47 pagi diikuti bayi perempuan jam 9.48 pagi secara pembedahan di Pusat Perubatan Sunway.

Menerusi perkongsian di Instagram, Dr Sheikh Muszaphar, 48, berkongsi berita  gembira tersebut yang disifatkannya menjadi penambah seri dalam keluarganya.

“Alhamdulillah, syukur sangat. Kedua-dua kembar dilahirkan selang seminit. Kembar lelaki – 9.47 pagi, 2.26 kg. Kembar perempuan – 9.48 pagi, 2.17 kg.

“Mereka seiras seperti adik-beradik yang lain. Masih terlalu awal untuk kita tahu (rupa).

“Tak tidur Dr Halina – susukan kembar setiap dua jam. Kita dah lalui sebelum ini. Kedua-dua kembar lapar, mengantuk dan terjaga pada waktu yang sama. (Kembar)Tak nak berenggang.

“Itu keunikan kembar dan kini kegembiraan berganda dan masalah pun sama,” katanya.

Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah yang kini berusia tiga tahun serta dua lagi anak perempuan iaitu Sophea Isabella, 9, dan Sophea Natasha, 7. – Malaysiapost

Komen