Kelab cap ayam – netizen Malaysia

Kelab cap ayam – netizen Malaysia

PEMINAT bola sepak Malaysia sekali lagi meluahkan rasa geram terhadap Portimonense SC kerana tidak memberi peluang kepada Safawi Rasid untuk beraksi.

Biarpun hanya menentang kelab divisyen tiga, UD Leiria dalam saingan Piala Portugal awal pagi tadi, harapan peminat untuk melihat Safawi beraksi di padang tetap tidak kesampaian.

Lebih malang, Portimonense SC dimalukan apabila tewas 0-1 dalam perlawanan tersebut sehingga digelar kelab cap ayam oleh netizen Malaysia yang ‘menyerang’ Facebook pasukan berkenaan.

Safawi, 23, pemain paling bernilai Liga Malaysia 2018 dan 2019, setakat ini hanya sempat beraksi 56 minit untuk pasukan bawah 23 tahun sejak berkelana ke Portugal awal bulan lalu.

“Chicken team football,” tulis Arezz Dyra di Facebook Portimomense SC, manakala Mat Asmara berkata: “Balik jer ler pawi..ko nk tunggu apa main ngan kelab itik belasahan ni.”

Ada juga peminat mengecam tindakan memalukan segelintir netizen Malaysia kerana tidak menjaga adab di laman sosial kelab tersebut, selain jangan memberi tekanan kepada Safawi. – Malaysiapost

Komen