Pasangan OKU tak kisah makan lauk telur setiap hari

Pasangan OKU tak kisah makan lauk telur setiap hari

Sharifudin Abdul Rahim

NASIB pasangan Orang Kelainan Upaya (OKU) ini semakin dirundung malang, lebih-lebih lagi perniagaan kecil-kecilan diusahakan terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pasangan Bakri Abd Latif, 44, dan isterinya, Hidayah Othman, 45, bersama dua anak mereka tidak kisah makan nasi berlaukkan telur saban hari, namun tetap sabar menempuhi liki hidup.

Bakri yang cacat penglihatan bekerja sebagai tukang urut, manakala Hidayah hanya menjual makanan di tepi jalan, redha terhadap rezeki yang dikurnikan Allah kepada mereka sekeluarga.

“Kami makan apa yang ada, nasi kosong dengan telur pun sudah cukup bagi kami sekeluarga,” kata Hidayah ketika ditemui di rumahnya di PPR Wahyu, Taman Wahyu di Jalan Ipoh di Kuala Lumpur. – Malaysiapost

Walaupun hidup dibelenggu kesukaran, pasangan ini masih tabah mengharungi hari-hari mendatang
Hidayah membeli barang-barang keperluan dengan menggunakan kerusi roda
Hidayah membeli barang-barang keperluan dengan menggunakan kerusi roda
Hidayah menggunakan kerusi roda untuk melakukan kerja di luar
Bakri mengurut pelanggannya di kediamannya
Mengurut adalah kelebihan Bakri walaupun kelainan upaya
Bakri mengurut pelanggannya yang datang ke rumah sambil diperhatikan Hidayah
Hidayah boleh membasuh pinggan mangkuk walaupun kelainan upaya
Walaupun kelainan upaya, ia tidak menghalang Hidayah Othman memasak dengan kemampuannya.
Hidayah Othman, 45, peniaga makanan di tepi jalan
Bakri Abd Latif, 44, tukang urut buta.

Komen