Tak timbul soal PAS ‘tolak Umno tanpa Bersatu’

Tak timbul soal PAS ‘tolak Umno tanpa Bersatu’

PEMUDA Umno menolak dakwaan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa yang mengatakan PAS tidak akan bersama Umno tanpa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai rakan sekutu.

Ketuanya, Datuk Dr Asraf Wajdi Dusuki malah menyifatkan dakwaan itu sebagai tidak tepat.

Beliau berkata, ia adalah disebabkan keputusan Jawatankuasa Induk Perundingan Muafakat Nasional pada Rabu lalu bersetuju untuk mendaftarkan Muafakat Nasional (MN) antara Umno dan PAS sebagai parti teras mewakili Bumiputera, Melayu dan Islam.

“Tidak timbul langsung soal PAS beri kata dua tidak mahu kerjasama dengan Umno tanpa Bersatu.

“Saya berada dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk MN,” tegasnya dalam satu hantaran di Facebook, malam tadi.

Itu reaksi Asraf Wajdi terhadap laporan berita terhadap kenyataan Annuar Musa dalam satu wawacara yang dihoskan oleh Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan Sufian.

Dalam wawacara itu, Annuar berkata, Umno tiada pilihan untuk bekerjasama dengan Bersatu selepas PAS kini berpegang teguh kepada slogan ‘Perkasakan MN, Pertahankan Perikatan Nasional (PN)’.

Justeru, Annuar berkata, pilihan pertama Umno untuk bekerjasama dengan PAS sahaja sudah tidak wujud apabila pendirian PAS jelas untuk bersama Umno dan Bersatu sebagai sebuah gabungan. – Malaysiapost

Komen