Shukri Yahaya dapat ‘baby boy’
Nilam Oshman
Pelakon, Shukri Yahaya menimang cahaya mata lelaki pada jam 2.18 petang tadi.
Pelakon 7 Hari Mencintaiku itu bersyukur dan berterima kasih kepada mereka yang mendoakan isterinya.
Alhamdulillah, hari ini 20.7.2020 jam 2.18pm lahirlah adik lelaki @aairaameena (anak perempuan sulungnya).
“Tq (terima kasih) kepada uncles and aunties yang doa untuk kesihatan, keselamatan Mommy @tyaadnan and newborn baby ni,” katanya menerusi Instagram.
Beliau berharap Allah akan membalas beribu kali kebaikan pada semua yang mendoakan.