Permintaan sarung tangan getah melonjak

Permintaan sarung tangan getah melonjak

Foto & Teks Oleh Sharifudin Abdul Rahim

Permintaan terhadap sarung tangan getah dijangka terus meningkat di sebalik kebimbangan berterusan susulan pandemik Covid-19 di seluruh dunia.

Berikutan itu, syarikat pembuatan sarung tangan getah kini giat meningkatkan penghasilannya bagi memastikan permintaan bahan itu dapat dipenuhi.

Memetik laporan Kenanga Research baru-baru ini, purata harga jualan industri (ASP) bagi sektor sarung tangan melonjak dari bulan ke bulan dalam jangkaan penawaran lebih ketat dan purata permintaan luar biasa disebabkan pandemik.

Oleh itu, dengan asas pelanggan yang pelbagai, firma penyelidikan itu menjangka pengeluar sarung tangan getah mempunyai kuasa harga lebih baik dan berpotensi bagi peningkatan berbanding ASP industri.

Menurut laporan itu, ASP industri dalam tempoh beberapa bulan akan datang terus berada pada tahap tertinggi iaitu antara lima hingga 15 peratus berbanding kenaikan lima peratus sebulan sebelum ini, disokong oleh pendapatan daripada pembuatan serta pengedaran.

Berikutan pandemik Covid-19, firma penyelidikan itu memberitahu, kilang-kilang sarung tangan banyak menerima pertanyaan daripada agensi kerajaan asing, pertubuhan bukan kerajaan, peruncit dan rangkaian restoran.

Jelasnya, berdasarkan persaingan permintaan, pembeli sanggup membayar deposit 30 peratus dan 50 peratus bagi menjamin bekalan sarung tangan dan penghantaran tepat pada masanya

PROSES eksperimen dahulu sebelum menghasilkan sarung tangan yang berkualiti di sebuah kilang di Nilai.
PEMBUATAN sarung tangan sedang dilakukan dengan mesin berteknologi tinggi di sebuah kilang di Nilai.

PEKERJA-PEKERJA memeriksa sarung tangan terlebih dahulu di sebuah kilang di Nilai.
PEKERJA-PEKERJA memeriksa sarung tangan terlebih dahulu di sebuah kilang di Nilai.
PEKERJA-PEKERJA memeriksa sarung tangan terlebih dahulu di sebuah kilang di Nilai.
PEKERJA-PEKERJA memeriksa, mengira bilangan dan membungkus sarung tangan di sebuah kilang di Nilai.
SARUNG tangan siap dibungkuskan dalam kotak di sebuah kilang di Nilai.
SARUNG tangan sudah boleh digunakan oleh pengguna.