Selepas 86 tahun Hagia Sophia digunakan untuk solat Jumaat

Selepas 86 tahun Hagia Sophia digunakan untuk solat Jumaat

DUNIA| Hagia Sophia masjid ikonik di Istanbul, Turki mencipta sejarah apabila kembali digunakan untuk solat Jumaat selepas 86 tahun, susulan republik itu menukar kembali status bangunan 1,500 tahun itu daripada muzium kepada masjid.

Menurut laporan Al Jazeera Presiden Recep Tayyip Erdogan turut hadir dalam acara itu.

Presiden Recep Tayyip Erdogan turut hadir solat Jumaat kali pertama di Hagia Sophia

Pihak berkuasa agama berkata kira-kira 700 hingga 1,000 jemaah dapat menunaikan sembahayang Jumaat dengan mengambil kira penjarakan sosial satu meter bagi membendung Covid-19.

Ketika solat, lantai Hagia Sophia ditutup dengan hamparan permaidani manakala silingnya yang memaparkan gambar salib, Nabi Isa dan Mariam seperti kepercayaan Kristian ditutup seketika.

Tapak bersejarah Unesco itu dibina kerana era empayar Byzantine. Ia ditukar pertama kali kepada masjid selepas ditawan kerajaan Islam Usmaniah pada 1453.

Pengasas Turki moden Mustafa Kmal Ataturk yang terkenal dengan pendirian sekularnya kemudian menukar Hagia Sophia kepada muzium pada 1934.