Covid-19: Kes tertinggi sejak 16 Jun

Covid-19: Kes tertinggi sejak 16 Jun

Sebanyak 23 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini, tertinggi sejak 16 Jun 2020 iaitu lebih sebulan lalu.

Daripada jumlah itu, sebanyak 17 kes membabitkan penularan tempatan.

Sebanyak enam kes import dilaporkan hari ini melibatkan empat warganegara dan dua bukan warganegara yang pulang dari Rusia, Filipina, Indonesia dan Singapura.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata dua kluster baharu turut dikesan iaitu Kluster Bukit Tiram dan Kluster Syarikat Pembinaan Kuching di Sarawak, masing-masing mencatatkan dua kes.