Sugu Pavithra padam semua video di YouTube?

Sugu Pavithra padam semua video di YouTube?

Baru semalam S Pavithra menyatakan beliau dan suami akan terus menghasilkan video masakan di YouTube, hari ini netizen terkejut apabila mendapati saluran ‘Sugu Pavithra’ kosong tanpa sebarang video.

Pavithra dan suaminya sebelum ini telah menghasilkan berpuluh-puluh video masakan dan mempunyai 785,000 subscriber.

Saluran Youtube Sugu Pavithra kosong tanpa sebarang video

Tidak dapat dipastikan sama ada semua video berkenaan telah dipadamkan dengan kemungkinan pasangan mahu berehat seketika sebelum membuat penampilan semula.

Menerusi ciapan netizen di Twitter, rata-rata mereka melahirkaj rasa terkejut serta tertanya-tanya berhubung keputusan pasangan tersebut memadam semua video mereka.

Selepas konflik rumahtangga mereka pasangan Youtuber terkenal itu semalam memaklumkan pendirian untuk menolak sebarang anugerah selepas ini.

Pavithra dilaporkan berkata, dia bersama suami hanya mahu memberi fokus kepada saluran Youtube ‘Sugu Pavithra’ yang dikendalikan mereka.

Malah Sugu juga memberitahu wartawan yang mereka mahu memberi fokus dan mengembangkan saluran Youtube tersebut.

Sebelum ini, Sugu didakwa didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh atas pertuduhan memiliki senjata berbahaya serta sengaja mendatangkan kecederaan kepada isteri.