Prasarana akur jika SOP diperketatkan

Prasarana akur jika SOP diperketatkan

Covid-19 | Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan mematuhi segala arahan kerajaan jika prosedur operasi standard (SOP) dalam pengangkutan awam diperketatkan semula.

Pengerusi Kumpulan Prasarana, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, ini termasuk mengurangkan kapasiti penumpang.

“Kita akan patuhi, tidak jadi masalah,” katanya seperti dilaporkan Bernama selepas majlis meraikan ulang tahun ke-13 Rapid Penang di Pulau Pinang hari ini.

Tajuddin berkata demikian ketika ditanya persediaan Prasarana jika kerajaan kembali mengetatkan SOP seperti dilaksanakan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan peningkatan kes Covid-19.

Terdahulu pada majlis berkenaan, Tajuddin berharap Rapid Penang terus menggiatkan usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan termasuk memperkenalkan inisiatif baharu untuk menarik lebih ramai rakyat menggunakan pengangkutan awam.