Boleh rentas negeri balik kampung

Boleh rentas negeri balik kampung

Covid-19 | Pergerakan rentas negeri dibenarkan termasuk untuk orang ramai pulang menyambut Aidiladha Jumaat ini, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menteri Kanan (Keselamatan) berkata beliau tidak tahu kenapa polis dan tentera menaikkan khemah di jalan raya kerana kerajaan tidak menghalang pergerakan rentas negeri.

“Semalam saya terima macam-macam dari netizen, tempat (sekatan jalan raya) pun dah ada dinyatakan. SebenaRnya tak ada sekatan perjalanan.

“Tetapi rakyat kena jaga kesihatan dan keselamatan. Balik kampung dibenarkan, keputusan kita tak ada sekatan negeri dan daerah, mereka (orang ramai) bebas balik kampung,” katanya dalam sidang media fi bangunan Parlimen sebentar tadi.

Sebelum ini, netizen melahirkan kebimbangan kemungkinan kerajaan akan melarang pergerakan rentas negeri susulan kerajaan bercadang mengetatkan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Ia berikutan peningkatan kes harian Covid-19 yang kekal pada dua angka sejak beberapa hari lalu.