Elak bara bertemu bahan api – KP Kesihatan

Elak bara bertemu bahan api – KP Kesihatan

Muhammad Mustakim Ramli

Ibarat bahan api dan bara, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah tidak menolak kemungkinan gelombang Covid-19 boleh berlaku di negara ini. 

Beliau berkata, kluster baharu bagaikan bara yang menanti untuk membakar, manakala rakyat yang tidak patuh SOP adalah bahan api. 

“Kalau bara berjumpa bahan api akan merebak dan berlakunya pembakaran yang besar. Jadi kes akan meningkat. 

“Contohnya kita dapat 2,000, 3,000 kes sehari dalam seminggu hospital kita sudah sesak dan kita tiada kemampuan untuk merawat pesakit,” katanya dalam sidang media, hari ini. 

Dr Noor Hisham berkata, apabila situasi itu berlaku tumpuan pihaknya pada waktu itu hanyalah di hospital. 

“Ketika ini kita masih boleh mengawal bara tersebut (kluster) dan elak bahan api (individu tak patuh SOP) berjumpa bara. 

“Kalau kita boleh amal SOP dengan pakai mask, jaga penjarakan sosial.. kedua-duanya terbukti dapat putuskan rantaian Covid-19 sebanyak 65 peratus,” katanya.