Kemboja larang penerbangan dari Malaysia, Indonesia

Kemboja larang penerbangan dari Malaysia, Indonesia

Dunia | Mulai 1 Ogos ini, Kemboja melarang sementara semua penerbangan dari Malaysia dan Indonesia bagi mengekang penularan Covid-19.

Portal The Cambodia Daily menyebut Kementerian Kesihatan menjelaskan, ia terpaksa diambil selepas peningkatan semula angka jangkitan kes import sejak beberapa minggu lalu, terutama dari dua negara tersebut.

Menurut Setiausaha Kementerian Kesihatan, Kemboja merekodkan 23 kes import, menjadikan keseluruhan jangkitan di negara itu meningkat kepada 225 kes.

Setakat ini negara itu merekodkan keseluruhan 225 kes, dengan 143 pesakit pulih dan 82 masih dirawat di hospital.