Jangan hina Rasul yang mulia sebagai pelarian- Ustaz Kazim

Jangan hina Rasul yang mulia sebagai pelarian- Ustaz Kazim

Nabi manakah yang lari daripada perjuangan dan tugasan perintah Allah?Tidak ada nabi yang lari meninggalkan perintah Allah SWT walaupun beratus tahun berdakwah sehingga dibunuh. Mengistilahkan Nabi SAW lari adalah sangat kurang sopan. Sedangkan perintah berhijrah adalah datangnya daripada Allah SWT.

Berapa ramai para Nabi yg dibunuh dalam menyampaikan risalah Allah SWT? Mereka diseksa dibunuh malah Nabi Muhammad SAW yang paling keras ditentang oleh orang Quraisy di Makkah.Nabi Muhammad SAW tidak lari, tetapi diperintahkan utk berhijrah oleh Allah SWT.

Nabi saw bersabda yang bermaksud: “Aku diperintahkan untuk berhijrah ke sebuah kota yang akan mengalahkan kota-kota lain. Kota itu disebut Yathrib. Itulah Madinah. Kota itulah yang akan membersihkan manusia (daripada segala keburukan dan kemusyrikan) sebagaimana tungku api menghilangkan kotoran besi.

Nabi SAW sangat dialu-alukan oleh penduduk Madinah untuk berhijrah ke sana seterusnya membina sebuah negara Islam pertama. Bukankah berlaku baiah antara Nabi SAW dengan orang-orang Madinah di musim haji untuk menjadikan Islam sebagai asas kepada pembentukan sebuah negara.

Baiah Aqabah inilah yang terjadi selepas beberapa kali rombongan Madinah melihat perjuangan Nabi SAW. Mana boleh dikatakan pelarian kalau adanya baiah dan undangan serta persetujuan bersama?
Adakah negara dalam dunia ini menjemput pelarian untuk dijadikan pemimpin negara mereka?

Fahami tentang perintah dan hikmah untuk berhijrah. Nabi bukan berhijrah untuk wang kemewahan dunia tutup untuk menyebarkan Islam. Dan akhirnya Islam kembali ke Makkah dan seluruh penduduk Makkah menerima Islam. Kalau pelarian apa dia peduli dgn negara asalnya? Tetapi tidak kepada Nabi sehinggalah Nabi membuka kembali Makkah dgn penuh keamanan.

Penduduk Quraisy yang pada awalnya menolak malah hendak membunuh Nabi SAW. Anda semua tahu bukan apa sejarah yang berlaku kepada umat yang menentang para Nabi dan Rasul? Negeri mereka dimusnahkan bukan? Malah akibat penentangan kepada Nabi mereka lalu didatangkan banjir besar yang memusnahkan?

Ada hikmah Allah SWT perintahkan Nabi berhijrah ke Madinah. Bayangkan apa yang terjadi jika Allah SWT menurunkan bala bencana kepada penduduk Makkah kerana menentang Nabi SAW. Bayangkan jika Nabi memohon doa kpd Allah utk diturunkan bala ke atas penduduk Makkah?

Tetapi krn bumi Makkah adalah tanah suci, terdapat tanda-tanda kebesaran Allah SWT di situ, terdapat perintah agung Islam di situ spt ibadah haji dan sebagainya maka Allah SWT perintahkan Nabi SAW berhijrah ke Madinah.

Inilah tanda kasih Allah SWT kpd kita semua, tanda kasih sayang Nabi SAW kpd kita. Sanggup mengorbankan dirinya berjuang bersusah payah untuk kita sehingga membolehkan kita beribadah kepada Allah di bumi Makkah sampai kiamat.

Sayangilah Nabi SAW, jangan diletakkan kedudukan nabi dalam keadaan yang sama dgn manusia biasa. hijrah Nabi SAW dinanti-nantikan, dimuliakan dan akhirnya Madinah menjadi mulia kerana hijrah Nabi SAW.

Memang saya insan yang jahil yang cetek ilmu, tetapi itu tidak boleh menjadi penghalang utk mempertahankan Nabi SAW. Daripada hijrah Nabi SAW itulah membentuk Piagam Madinah yang menjadi asas dalam pembentukan sebuah negara apatah lagi negara yang dihuni oleh pelbagai kaum dan kepercayaan.

Sepatutnya Piagam Madinah itulah yang ditiru oleh kita bagaimana ingin mentadbir kerana ianya dibawa oleh Nabi SAW tetapi apabila dikatakan Nabi SAW itu juga sebagai pelarian dibimbangi kesan kepada masyrakat yang tidak memahami hal sebenar dan golongan yang tidak pandai menghormati Islam akan menggunakan hujah ini utk menolak, menghina dan memperlekehkan Nabi SAW.

Hormatilah Rasul, jangan diletakkan kerendahan dan sesuatu yang tidak layak ka atas Nabi SAW. Gunakanlah perkataan hijrah ke atas baginda kerana kemuliaan Nabi SAW. Kalau kita pun tidak suka dikatakan kepada kita sebagai pelarian kenapa kita boleh gunakan perkataan itu atas Nabi SAW.

Sayangilah Nabi SAW melebihi makhluk yg lain kerana itu ialah syarat kesempurnaan iman. Siapapun tidak boleh mengatasi kemuliaan Nabi. Kalau salah tetap kena kata salah kalau betul kita kata betul.

Nabi SAW pemberi syafaat di sana dengan izin Allah SWT, jangan lupa baginda kekasih Allah SWT. Jangan smpi taksub kepada sesorng menjadikan kita hilang kasih sayang ke atas Nabi SAW.


Datuk Mohd Kazim Elias ataupun Ustaz Kazim ialah pendakwah bebas dan personaliti TV.