PAS zahir komitmen bersama Umno, terus perkukuh Perikatan Nasional

PAS zahir komitmen bersama Umno, terus perkukuh Perikatan Nasional

PAS menzahirkan komitmen bersama Umno dalam Muafakat Nasional, di samping terus memperkukuhkan Kerajaan Perikatan Nasional (PN), kata Presidenya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Kenyataan itu menyusul selepas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkaitan penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Ahli Parlimen Marang itu berkata PAS akur dengan keputusan mahkamah dalam kes berkenaan.

“PAS menghormati proses mahkamah yang berteraskan prinsip kedaulatan undang-undang, didukung oleh Kerajaan Perikatan Nasional.

“PAS yakin Datuk Seri Najib akan memanfaatkan sepenuhnya peluang untuk mendapat keadilan di mahkamah ke peringkat seterusnya,” katanya.