Penyokong laung ‘hidup Najib’, ‘Allahuakbar’

Penyokong laung ‘hidup Najib’, ‘Allahuakbar’

Nilam Oshman

Lebih 1,000 penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mula berkumpul di luar pekarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur jam 8 pagi hari ini.

Ini bagi mengetahui keputusan kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd.

Penyokong Ahli Parlimen Pekan itu melaungkan “Hidup Najib” dan “Allahuakbar” di luar pintu pekarangan mahkamah.

Media tempatan dan antarabangsa turut berkumpul sejak awal pagi ini.

Pihak media yang mempunyai pas dikeluarkan oleh pihak mahkamah sahaja dibenarkan masuk.

Pihak polis mengawal ketat laluan masuk ke dalam mahkamah.

Bagaimanapun keadaan sekarang tenang dan terkawal.