Segala kesusahan berbaloi – Rafizi

Segala kesusahan berbaloi – Rafizi

Fitri Nizam

Hari ini, saya rasa segala kesusahan itu berbaloi, kata bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Bekas Ahli Parlimen Pandan itu berkata, beliau kini jarang mengulas mengenai situasi politik di negara.

“Tapi sebahagian besar masa saya sebagai Ahli Parlimen dihabiskan berdepan dengan skandal 1MDB (1 Malaysia Development Berhad) dan SRC (SRC International Sdn Bhd).

“Saya tak pernah berharapkan apa-apa dari usaha itu, tapi hari ini saya rasa segala kesusahan itu berbaloi. Syabas Malaysia,” katanya menerusi laman sosial Facebook hari ini.

Ulasan itu dipercayai berkaitan situasi terkini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur apabila bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didapati bersalah atas semua tujuh pertuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd, sebentar tadi.