Sesak di mahkamah, polis bunyikan siren

Sesak di mahkamah, polis bunyikan siren

Nilam Oshman

Mahkamah | Polis terpaksa membunyikan siren untuk memberi peringatan kepada orang ramai supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

Ia susulan ribuan penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak setia menunggu dalam keadaan bersesak khususnya di hadapan pagar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Arahan itu dikeluarkan menggunakan pembesar suara dari kereta peronda polis.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy berkata, beliau sentiasa memastikan pegawai dan anggotanya terus mematuhi SOP serta mengawasi keadaan di sekeliling mahkamah bagi mengelak keadaan tidak diingini.

“Peringatan disampaikan menerusi pembesar suara untuk individu terbabit agar mematuhi penjarakan sosial,” katanya.