SRC: Najib bersalah atas 1 pertuduhan

SRC: Najib bersalah atas 1 pertuduhan

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didapati bersalah atas satu pertuduhan menyalah guna kuasa berkaitan dana RM42 juta dari syarikat SRC International Sdn Bhd.

Keputusan itu disampaikan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali selepas mendapati pasukan pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah atas kesalah menyalah guna kuasa.

Memetik laporan Astro Awani, Najib didapati bersalah di bawah Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Kesimpulannya, dalam penghakiman saya, setelah mempertimbangkan semua bukti yang dikemukakan di mahkamah ini, saya dapati pihak pembelaan tidak berjaya membantah anggapan mengenai keseimbangan kemungkinan atau menimbulkan keraguan munasabah terhadap tuduhan tertuduh di bawah Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009,” kata Mohd Nazlan.

Bagaimanapun, ketika ini sedang berlangsung penghakiman bagi enam lagi pertuduhan yang dihadapi Ahli Parlimen Pekan itu.