SRC: Najib hadir tanpa Rosmah

SRC: Najib hadir tanpa Rosmah

Datuk Seri Mohd Najib Razak yang tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta jam 9.26 pagi tadi, hadir tanpa isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Bekas Perdana Menteri tiba bersama beberapa pengawal peribadi mengiringinya dari luar pintu pagar, melambai dan tersenyum ketika melalui ratusan penyokongnya yang bersorak memberikan kata-kata semangat.

Ketibaan Najib disambut laungan dan sorakan ‘bossku’ oleh penyokong yang memakai baju berwarna biru dan merah.

Najib yang hadir memakai sut berwarna coklat kemudian diiringi Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memasuki ke kamar mahkamah.