Pemerintahan bukan untuk bela jenayah diri, rakan – Mufti Perlis
Muhammad Mustakim Ramli
Pemerintahan tidak ditegakkan untuk membela jenayah diri sendiri dan rakan-rakan, kata Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Beliau berkata, sesuatu pemerintahan disokong atas kemaslahatan agama dan rakyat, bukan atas kepentingan menyelamatkan diri dari undang-undang.
“Pemerintahan itu ditegakkan atas tanggungjawab agama dan kenegaraan.
“Peranan pemerintah ialah memelihara kehidupan manusia atas neraca keadilan, ketertiban dan nilai-nilai kemanusiaan yang mulia,” katanya menerusi status yang dimuat naik di akaun Facebook DrMAZA. com.
Asri berkata, pemerintahan juga bertujuan menjaga kehidupan beragama dan kesantunan pergaulan antara manusia.