Umno memang tak sertai PN, ia bukan badan berdaftar – Tok Mat

Umno memang tak sertai PN, ia bukan badan berdaftar – Tok Mat

Muhammad Mustakim Ramli

Umno memang tidak pernah sertai Perikatan Nasional (PN), kata Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau menjelaskan, tindakan itu berikutan PN bukan badan yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

“Kenyataan Presiden Umno ini adalah mengambil kira pandangan dan juga mandat dari pimpinan dan ahli akar umbi parti Umno seluruh negara. 

“Semua tak setuju untuk bergabung..untuk tubuhkan gabungan baru parti-parti, PN. 

“Sokongan Umno kepada kerajaan PN masih seperti biasa,” katanya kepada MalaysiaPost.

Beliau berkata demikian selepas mengulas kenyataan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang parti itu membuat keputusan untuk tidak menyertai PN.

Terdahulu Zahid dalam kenyataan berkata, Umno sebaliknya akan memperkasakan Muafakat Nasional (MN) bersama-sama dengan PAS dan komponen Barisan Nasional (BN).

“Sokongan kepada kerajaan PN hanya berlandaskan sokongan Ahli-Ahli Parlimen Umno dan BN serta Adun-Adun dalam pembentukan Kerajaan Pusat dan di beberapa negeri tertentu,” katanya.