Dr Noor Hisham minta ‘frontliners’ sabar, istiqamah

Dr Noor Hisham minta ‘frontliners’ sabar, istiqamah

“Bersabarlah dan beristiqamah melaksanakan amanah dan tanggungjawab kita bersama.”

Itu pesanan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah kepada petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam ucapan ringkas di Facebooknya sempena Aidiladha hari ini.

Dr Noor Hisham berkata sesungguhnya amanah dan tanggungjawab yang disempurnakan petugas barisan hadapan adalah satu pengorbanan.

“Selamat Hari Raya Aidiladha Maaf Zahir dan Batin. Semoga Allah SWT melindungi rakyat Malaysia daripda jangkitan wabak Covid-19,” katanya.