Gerak Malaysia tamat perkhidmatan hari ini

Aplikasi mudah alih Gerak Malaysia yang dibangunkan untuk mengesan dan menyimpan rekod pergerakan rakyat Malaysia ditamatkan perkhidmatan, hari ini.

Dalam kenyataan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) meminta pengguna memadamkan aplikasi itu kerana tidak lagi mempunyai fungsi aktif selepas tarikh berkenaan.

“Semua data peribadi akan diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan rekod pergerakan pengguna berkaitan aplikasi Gerak Malaysia yang disimpan turut dilupuskan.

“Kerjasama antara PDRM dan SKMM menyumbang kepada kejayaan pelbagai operasi.

“Kerjasama baik ini akan diteruskan dalam menghadapi cabaran di masa hadapan demi ketenteraman rakyat dan keselamatan negara,” kata kenyataan itu.

Gerak Malaysia dibangunkan sebagai aplikasi pengesanan dan penyimpanan rekod pergerakan yang terperinci.

Selain membantu mengesan kontak rapat kes Covid-19, ia juga membolehkan PDRM menguruskan permit perjalanan rentas sempadan negeri dan memantau jumlah pergerakan.

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights